KDB Bersama Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh
2 Ogos 2016| Aktiviti TerkiniPada 1 Ogos 2016 yang lepas Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan dijemput bagi mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak atau lebih dikenali sebagai (KDB). Seramai 70 peserta telah terlibat pada hari tersebut. Sesi pertama dimulakan dengan perkogsian melalui taklimat dan kuiz KDB keselamatan dan penggunaan internet secara bijak. Seterusnya sesi kuiz KDB iaitu soalan pengetahuan dan gambaran sendri tentang bahaya dan ancaman yang wujud dalam dunia siber.
Pada masa kini, capaian rangkaian internet sudah tidak asing lagi, malah ianya telah menjadi keperluan bagi sesetengah pihak. Malahan pengguna teknologi internet ini tidak mengira umur dewasa miskipun kanak-kanak. Berikutan perkembangan yang begitu pesat maka ancaman dan kesan nagatif turut seiring sejalan. Jesteru langkah keselamatan dalam penggunaan internet perlu dibendung dari kanak-kanak lagi.
Semoga langkah ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kewaspadaan dan melahirkan pelayar internet yang berpengetahuan tinggi. Sesi taklimat disudahi dengan kuiz KDB iaitu berdasarkan taklimat keselamatan yang telah diberi dan pemberian hadiah percuma kepada yang berjaya menjawab soalan dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: